1. Pengenalan
Judi siber kini menjadi ancaman besar kepada kesejahteraan rakyat di negeri ini, malahan dianggap sebagai krisis yang perlu dibanteras dalam apa cara sekali pun.
Ini kerana ia telah banyak membawa kehancuran rumah tangga, hilang tanggungjawab kepada anak, kelalaian di tempat kerja dan paling teruk lagi terjerumus kepada jenayah lain.
2. Faktor - Faktor
Faktor Situasi: Tekanan dari rakan-rakan untuk menyertai apa-apa perjudian.
Faktor Persepsi: Cenderung menganggap bahawa kemenangan dalam perjudian adalah kerana keterampilan yang dimiliki.
Faktor Persekitaran: Penubuhan pusat-pusat permainan yang melibatkan unsur-unsur perjudian.
3. Kesan - Kesan
a) Masyarakat
- Kepentingan kerja diabaikan.
- Banyak masa digunakan untuk tujuan perjudian.
- Sanggup membuat apa sahaja demi berjudi seperti mencuri.
b) Negara
- Menyebabkan ekonomi negara merudum kerana tidak membawa keuntungan kepada negara.
- Negara akan kehilangan masa depan jika kehilangan remaja berkebolehan yang hanyut dalam perjudian.
4. Langkah- - Langkah
- Pusat-pusat perjudian harus diharamkan.
- Mengelakkan remaja daripada melibatkan diri.
- Kerajaan harus menyediakan hiburan alternatif yang tidak melibatkan unsur-unsur perjudian.
- Tempat rekreasi dengan aktiviti sukan yang terkini dan sesuai untuk para remaja. Contoh:Pusat-pusat yang sihat dan mencabar minda.
- Membuat kempen kesedaran mengenai keburukan perjudian.
TMD12025
No comments:
Post a Comment